BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 4, 2011

Kesabaran....

Kesabaran...
mengikut perkiraan diri aku, setiap kali aku bersabar di atas segala ujian dan dugaan yang aku terima, pasti aku akan dapat ganjaran yang setimpal dengan ganjaran aku...


contohnya hari ini...hari ini aku memang sibuk di farmasi aku...dengan bilangan pesakit yang ramai ditambah pula dengan persediaan yang perlu aku buat sempena Hari Promosi Farmasi esok hari, membuatkan aku sungguh sibuk..tidak menang tangan aku dibuatnya...


mujurlah hari ini aku menerina seorang pelajar praktikal perempuan yang aku kira boleh menolong aku...ringan sikit kerja aku hari ini...


masalah kerja aku selesai satu demi satu...
Alhamdulillah yang amat sangat Ya Allah...


semoga Hari Promosi Farmasi aku esok hari berjalan dengan lancar..
amin ya robbal a'lamin....

0 comments: